Followers

Monday, November 28, 2011

Sunday, November 27, 2011

Transformasi berjaya, tin sardin bergaya

Hahaha...ni apa kes plak tetiba jer tin sardin menginterframe kan diri sendiri kat sini? Sejak menjak dah pandai decoupage ni, habis semua tin tak kiralah tin susu, tin milo semua pun nak disimpan.. botol kicap ngan botol sos pun dah tak dibuang. Semuanya disimpan utk di touch up, di make up kasi lawa-lawa. Blh jugak digunakan utk kemudian hari konon-kononnya kempen kitar semula la demi menyelamatkan bumi....tak caya? cer tgk tin sardin ni..at least ada gak fungsi dia kan? 

 jeng! jeng! jeng!
|
|
|
|
|
|
V
Tgk....lepas dibedak, di make up serba sedikit tin sardin ni dah blh jd tpt simpan berus yg sgt comel (edisi puji diri sendiri). Blh gak diisi pensil/pen kat ofis... mesti budak ofis jeles giler..hehehe(edisi perasan pulak)

Saturday, November 26, 2011

Selamat Tahun Baru Hijrah

Assalam... Esok , 27-Nov ni kita akan menyambut tahun baru dalam kalendar Islam.. Kejap jer masa berlalu kan? pejam celik pejam celik dah nk masuk thn baru dah.. sedikit pengenalan pasal bulan Muharram dan amalan sunat pada bulan Muharram.. moh kita sama2 menggandakan usaha dan ibadat .
  • Bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah).
  • Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
  • Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).
Antara amalan sunat pada bulan Muharram
  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  13. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka
Sumber : Al-Azim
p/s : sila click di sini untuk doa awal tahun dan akhir tahun

Friday, November 25, 2011

Macam-Macam giveaway

Sebenarnya sy agak malu2 kucing nk join GA dr macam-macam ni..kenapa? sbb, rasanya dah 3 GA sy join dlm minggu ni ajer.. risau plak nnt org kata muka tak malu asyik nk brg free ajer.. tp nk wat camner kan hadiah yg ditawarkan kali ni agak menarik jugak plus closing date mlm nie.Kalo takjoin hari ni, bila lg nk join? .huhuhu... nak tak nak kena gak mentidakmalukan diri sendiri demi hadiah yg ditawarkan...lantaklah apa org nk kata, ada aku kesah?

Singage as a wedding gift

Assalamualaikum n selamat pagi Jumaat.. penghulu bg segala hari...ceh panjang betul mukadimah.
Hari sy nk share signage yg sy buat sendiri utk wedding gift cousin sy yg kawin last weekend (19/11/11).
 Sapa yg berminat nk tempah signage cenggini, blh le email sy kat dekanoramli@gmail.com.
 Ni dia pengantin nye..sama cantik sama padan
Semoga mahligai yg dibina bahagia dan diberkati Allah hingga ke hujung nyawa.

Thursday, November 24, 2011

My Craft Garden 1st Giveaway

Rasa mcm nk join GA lagi la... kali ni dr My Craft Garden plak . Kenapa sy nk join GA nie? sbb hadiah nye menarik sgt especially tissue box cover tu..suke suke suke sgt sgt. Ye la kan, nk buat sendiri tak pandai, Kalo ikut hati mmg nk belajar tp masa belum mengizinkan lg.

    Hadiah-hadiah nyer.....jeng jeng jeng...best kan ?
    Moh kita tgk apa syarat2 nye plak kali ni.. adakah sy qualify?
  1. Mesti ada blog sendiri atau facebook  <<yes>>
  2. Buat satu entry ringkas bertajuk "My Craft Garden 1st Giveaway" dan copy banner giveaway kat atas tu and then link kan ke entry ni ...kalau tak ada blog, war-war kan sahaja tentang giveaway ni di wall FB anda dan kalau boleh tag lah beberapa orang besfren anda ye... <<done>>
  3. Sila tinggalkan komen beserta dengan email anda supaya senang saya nak hubungi kalau terpilih sebagai pemenang nanti... <<ok, will do shortly right after I publish this post>>
  4.  Kena follow ke? hehe...tak kisah, terpulang lah nak follow ke tak....(kalau nak, follow lah seikhlas hati ye...:) <<takpe, dah follow pun>>
  5. Opps...untuk yang tinggal di Malaysia sahaja ye....( senang nak pos hadiah nanti...;) <<yes, confirm sy warganegara M'sia yg tinggal di Mesia>>
  6. Tarikh tutup giveaway adalah pada 17 Disember 2011 tepat jam 12.00 tengah malam...

Table Cloth

Alhamdulillah.... siap jugak 1 drp 5 alas meja kat umah kampung. Byk benor meja nye.. bila la nk siap yg lg 4 tu. Takpe, sementara nk tunggu yg lg 4 tu siap kita lyn dulu gambo yg ada.
belah depan dan belakang
 cuba try test kat atas meja..uitts npk sengetla plak meja kopi ni..kalo korang nk tau, dah 25thn usia meja ni. dah masuk kategori dewasa. tak lama lg masuk kategori antik plak
Close up skit...psssttt!! sila abaikan contengan biru tu..punya teruja nk snap photo sampaikan x sempat nk cuci dulu.

Tuesday, November 22, 2011

Sekali join rasa nak join lagi

Dah macam bunyi iklan le pulak...hehehe. Kali ni sy nk cuba nasib GA tupperware plak dr Tupperwarelover .  Best gak kan join GA ni kan? kan?
Syarat2 nyer mudah jer mcm kat bwh ni dan tarikh tutupnye 30-Nov-11

1. Korang kena jadi follower blog ni dulu.
-done2. Korang mestilah bukan ahli tupperware kalu dah join ahli kiranya tak layak la nak join GA ni yer. (tak baik tipu2 tau..berdosa). Tapi shikin yakin..korang semua jujur orgnya..
-oh... nasib baik sy bkn ahli3. korang kena Email/PM(dalam FB shikin ye) alamat dan nama penuh korang.(bila terpilih sebagai pemenang ye)
-ok4. Korang linkkan blog shikin ni dalam dalam FB korang atau Blog korang..tau tag dalam FB pon boleh..
-done..kalo FB tu kena tunggu mlm karang sbb FB dah kena block kat office ni.

GIVE AWAY creative-aksesori YANG PERTAMA

Buat pertama kalinye sy mencuba nasib join giveaway ni dari creative-aksesori  . Selama ni dok tgk jer org lain dapat GA kali terasa teringin jugak nk jadi sebahagian dr mereka-mereka yg bernasib baik. Syarat2 nye senang jer..sila baca kat bawah ni

1. Letakkan bena 'GIVE AWAY creative-aksesori YANG PERTAMA' di blog atau akaun Facebook anda
 - done. Kat facebook, mlm nnt kot baru nk buat sbb kat ofis tak leh bukak fesbuk. dah kena block daaa.....
2. Add untuk jadi 'Follower' di blog dan Facebook saya
-Done jugak.Kat fesbuk, mlm karang la yerk
3. Bagi sesape yang ada blog,sila letakkan link anda di 'LETAK LINK ANDA' (n bagi yang takde blog skip je bahagian nie)
-Ok... no problem
4. Letakkan komen anda di bahagian komen just tuk bagitau saya anda dah join give away ni
-Ok.. will do it shortly

Tahniah Harimau Muda

Pergh!!!! tak tau nk kata apa.. perasaan bercampur baur lepas tgk Badrol Bakhtiar sempurnakan sepakan penalti semalam. Antara terharu, bangga, lega dan gembira. Sebak rasanya bila dengar lagu Negaraku berkumandang. Sy yg dok kat rumah ni pun terasa beban nye sementara nk tunggu game habis , apatah lagi players kita yg kat tgh padang tu lg la terasa bebannya. Seluruh rakyat Malaysia meletakkan harapan menggunung terhadap semua pemain. Apapun tahniah sekali lagi dan terima kasih kepada Harimau Muda kerana meyelamatkan maruah Malaysia di bumi Indonesia..

Monday, November 21, 2011

tekat benang emas

Sempat lg nk buat entri ni sementara tunggu harimau muda mengaum kul 8.30pm satgi. Sy sbnrnya teringin benor nk belajar buat tekat benang emas ni tp masalah nye tak tau nk belajar camne. Mak-Mak sedara sy dulu mmg aktif buat buat tekat ni. Diorg akan buat sendiri cadar, sarung bantal utk majlis perkahwinan diorg. Sy pun masa kecik2 dulu mmg suka benor bertenggek kat tepi diorg bila diorg menekat. Siap berazam nk teruskan legasi diorg dlm bidang tekat ni. Pastu berangan-angan nk buat design sendiri sbb template yg sedia ada mcm tak cantik( kononla). Tp sejak kawin dan beranak pinak, diorg dah tak aktif lg dah.Nk dijadikan cerita, last weekend sy suarakan hasrat sy pada salah sorang makcik sy. Dia ckp dia blh ajarkan cuma dia sendiri tak tau mana nk cari alatan such as benang ngan template tu. Sbb nye main supplier template tu dah meninggal bbp thn lepas. Kalo nk jugak kena pergi kuala kangsar..huhuhu jauh nye. Then, dia cakap lagi cuma arwah paklang(main supplier) yg paling pandai buat template. Hasil kerja tangan arwah mmg halus dan kemas. Cuma Arwah tak sempat nk turunkan ilmu sbb dia meninggal.. huhuhu terasa sgt kerugian.

Friday, November 18, 2011

Single and Alone

Cushion Cover ni sy jahit somewhere in May tp tergendala sbb nk bagi laluan kepada langsir raya dan baju raya. Baru jer berjaya disudahkan beberapa hari lepas. Itupun sbb terpaksa kononnya nk housekeep bilik jahit yg dah macam kapal black pearl dlm citer pirates of the caribbean tu. Malangnye cushion cover ni keseorangan mcm tuan dia gak. Mula mmg plan nk buat couple dia tp perasaan malas tu menjadi-jadi bila tgk combination color yg sgt tak ceria...huhuhu..jd npk gayanye mungkin sampai akhir hayat kot cushion cover ni akan terus single mingle...


Thursday, November 17, 2011

Kemaruk decoupage

Org kalo dah kemaruk bercinta, lautan api pun sanggup direnangi. Kononnyer la. tapi kalo dah kemaruk decoupage, macam mana pulak?
macam ni la jawabnye. Lepas periuk jadi mangsa, air wick house pulak dibunga-bungakan..lepas ni apa la pulak yer? Tunggu dan lihat

 pandangan depan
 pandangan sisi
posing ngan tissue box cover plak. sajer nk meng interframe kan tissue box cover ni sbb baru jer siap last week. 

Tuesday, November 15, 2011

Beg lagi



Alkisah pasal beg ni..lepas jer siap, sy terus mms anak sedara sy yg membahasakan diri dia adik. Kemudian call dia konon nk jeleskan dia.Anak sedara sy ni baru berumur 6 thn.

Adik  : Cantik nyer beg yang mak ngah jahit tu (she calls me mak ngah)
Me    : ha'ah... betul ker cantik (padahal mmg dah tahu hampeh)
Adik  : Mak Ngah buat utk besday adik ke? Itu ke hadiah besday adik. Rajin mak ngah jahit utk adik
Me    : byk la ko.. asyik jahit bagi kat dia jer.. mak ngah nk jugak jahit utk diri sendiri
Adik  : Ooo... ye ke ? takpe lah. sbnrnya tak la cantik sgt..biasa2 jer
(hampeh tul. npk sgt tak ikhlas)

Tetiba rasa kesian plak dgr suara budak kecik ni.. takperlah dik, nnt kalo mak ngah ada masa mak ngah jahit satu utk adik yer.

Sunday, November 13, 2011

decoupage periuk

Seminggu lepas balik dr kelas decoupage kak Liza tu, sy dengan over excited nya memulakan operasi menyelongkar dapur semata-mata nk cari periuk2 lama yg dah tak boleh digunakan utk diberi nafas baru. Dan....akhirnya, inilah dia hasilnya....
p/s: Pls ignore panorama kat belakang tu yer.. sebabnya gambar ni di ambil sebaik sy selesai ajar math kat adik sy yg nk exam tu.. btw, gud luck to my little brother for his semester exam.

My first decoupage project

15hb Oct baru-baru ni, My friend and I had attend decoupage course with Kak Liza. Kat umah dia di Pematang Pauh. punya la excited sampai sanggup drive dr bayan lepas ke Pematang Pauh. Dah la tak familiar ngan jalan area sana tapi digagahkan jugak. ilmu punya pasal kan. Bak kata Nabi Muhammad s.a.w, tuntutla ilmu walau sampai ke negeri China. Jadi kalo setakat nk seberang Penang Bridge utk ke rumah kak Liza tu, apa la sangat kan? Well, layan jer la hasil sentuhan pertama saya tp akhirnya di touch up balik oleh kak Liza... nk buat camna lg kan? dah tangan tak berseni, cenggitu la rupanya.

Welcome Back!!!!

Perghhh!!! lama giler tak menjengah ke blog ni..sampai dah lupa camner wajah blog sendiri..Kalo tak salah sy, last sy update blog nie, somewhere bln june hari tuh.. ni dah masuk mid Nov. Kiranya dalam 5 bulan gak tak menjengok blog ni. Jgnkan blog, fesbuk pun dah jrg online skang nie. Ntah apa yg disibukkan pun tak tau la...jap nk recall balik apa yg sy buat spjg 5 bln ni...hmmm rasanya bln Julai dah start jahit langsir umah mak utk raya, jahit langsir yg ditempah kak Nomi ( my ex-assistant), jahit baju raya. pastu lepas raya, sibuk ngan open house & open office. Then, attend kelas de-coupage ngan kak Liza.Raya haji, jadi personal tutor utk adik yg nk exam. Dan skang dah start ngan ribbonwork utk alas meja raya tahun depan..Buat awal2 kan senang. Nanti dekat nk raya xler kalut sgt. blh concentrate ngan ibadah ceh!!! konon jer..takper, takper tgh berazam nk improve diri dlm bab keagamaan.. Ckp pasal decoupage ni, sy sendiri pun tak tau camner blh terlibat ngan dunia decoupage.sama macam dunia jahitan. Mungkin disebabkan oleh sifat semulajadi sy yg suka belajar ni kan ( ceh!!! kononnya).. semua benda pun nak belajar. pantang npk benda baru.