Followers

Monday, April 22, 2013

A basket of Flowers

Assalamualaikum.
Lama giler sy tak jenguk blog.. Dekat 2 bulan gak kan? Alasannya tetap mcm biasa.....MALAS...hehehe. Sebagai warm up, sy try buat a basket of flowers. Dah lama teringin nk buat mcm ni tp tak berkesempatan. Ada jer benda menghalang. Selalunya balik kerja dah kul 7 lebih. Sementara nk mandi, solat bagai, tup tup dah hul 9mlm pun. Pastu nk masak pulak untuk bekal gi kerja. Sy ni jarang makan kat kantin walaupun company ada bagi meal allowance. Bukan nk ckp sy lebih pandai masak dari org kantin (fakta : sy memamg tak pandai masak), cuma sy lebih faham selera sy sendiri. Drp dok tambah2 dosa mengutuk servis kat kantin tu, lebih elok sy masak sendiri. Habis masak selalunya dah pukul 10mlm..Dah tak kuasa nk bereben lg dah time tu. So, sy lebih suka amik magazine atau novel baca atas katil sampai tertido. Cuma weekend jer la kot nk buat apa2 pun. Itupun kalau sy tak balik kampung atau melagho depan computer.
Disebabkan dah lama sgt sy tak bereben sampai dah lupa byk step. Terpaksa la buka balik nota2 lama.  Itu yg bunga tu pun dah jadi mcm ntah apa2 jer. Pakai hentam jer buat. Tak ukur reben betul2. Jarum pun dah banyak yg hilang.