Followers

Thursday, December 29, 2011

Felt rose

Assalamualaikum,

Inilah dia percubaan pertama sy buat bunga ros menggunakan kain felt. Selama ni asyik guna reben jer kan..Dah lama sgt sy teringin nk berjinak-jinak ngan kain felt ni baru skang berkesempatan .

Wednesday, December 28, 2011

Ceritera 1

Assalamualaikum,
Hari ni sy bersiaran secara langsung dr kampung. Dpt cuti seminggu tu..hehehe jgn jeles. Tak byk yg sy boleh buat sepanjang 4 hari kat kampung. Masa nk balik hari tuh bukan main beriya lagi siap bawak balik sebakul reben kononnya nk menjahit. Pastu ngan barang-barang decoupage lagi. Tp hampeh!!!!satu apa pun tak jadi. Masa sy byk dihabiskan tolong mak ngan kerja-kerja rumah, ajar adik study math, tido, makan dan tgk tv.. Tp dlm sibuk-sibuk tu, sempat jugak sy mengintai burung belatuk buat umah. Biarla kalo korang nk kata sy jakun, tp inila pertama kali sy tgk burung belatuk. comel jugak tp sayang sy lupa nk snap umah burung balatuk tu yg baru siap tu. Rajin tul burung ni tgh2 hujan pun dia buat kerja gak 
Sy rasa kali  ni sy mmg betul2 menikmati cuti kat umah sbb selama ni sy tak pernah notice pun pokok2 bunga di sekeliling umah. Baru skrg ada masa nk belek pokok2 bunga yg mak tanam. Rasa tenang jer dok kat kampung. Kalo tak caya cuba korang layan gambo2 bunge kat bwh ni. Tenang kan?







Lagi satu benda yg paling sy suka buat masa kecik2 dulu ialah melihat langit waktu petang. Dah lama sy tak dpt berbuat demikian. Rasa leka bila tgk langit perlahan2 bertukar warna dr biru ke kejingga-jinggaan.
Waktu mlm pulak, dah tekder lg bunyi hon kereta ataupun siren bomba/ambulance. Yg kedengaran cumi bunyi cengkerek lepas hujan.

Tuesday, December 20, 2011

Little Attic Art Giveaway

Salam,
Jom join first GA dr cik Little Attic Art. Nk tau syarat2 dia, silakan click kat gambo atas tu yerk...Deadline 28-Dec-11. Tinggal lebih kurang 8 hari jer lagi.

Monday, December 19, 2011

Grab bag dan manik 3D tutorial

Assalamualaikum,

Ingat lg tak masa zaman2 study dulu cikgu selalu pesan kalo nk lulus peksa kena rajin buat tutorial dan latihan. Yelar, sy ni kan masih baru dlm bidang jahitan ni..tak terlintas langsung pun difikiran nk berjinak-jinak ngan aktiviti jahitan ni. Tak pernah terbayang pun yg study room sy akan bertukar wajah . Dulu bilik ni penuh ngan buku2 tp skang dah penuh ngan reben, manik, berus cat dan mesin jahit pun ada. Ok lah, kononnya demi nk menajamkan skill menjahit, sy cuba buat satu grab bag based on tutorial dari allpeoplequilt .

Asalnyer beg ni nampak kosong sgt. Sy try buat bunga manik 3D follow tutorial kat blog jari lentik . Tutorial yg En. Jari lentik bg ni mmg clean and clear Senang nk ikut. Setiap step ada gambar dan explanation pun details.So ,cenggini la rupa manik 3D pertama sy.
 

Wednesday, December 14, 2011

Door Gift

Assalamualiakum...

Alhamdulillah, last week sy dpt hadiah scrap drp macam-macam giveaway. Kebetulan la plak sy dan kakak sy plan nk buat kenduri kesyukuran dan bacaan Yassin pd 25-Dec ni.. So setelah difikir-fikir, ditenung-tenung dan digodek2 internet, tiba2 dpt idea nk buat tissue pocket holder sbg door gift utk kawan2 mak yg akan bacakan Yassin masa kenduri tu nnt.
Tp alih2 mak ckp kenduri terpaksa postpone ke Jan atau Feb nxt year. Tarikh to be advice later katanya.Alasannya kakak sy tak dpt balik dan terlalu byk kenduri dlm bulan Dec ni. Ye la kan cuti sekolah..ramai benor org nk kawin... tak kisah la.. So far sy baru siapkan dlm 14 helai tissue holder ni (tak tau apakah penjodoh bilangan yg sesuai) . Since kenduri pun dah postpone, takyah la sy rushing sgt kan. Pelan2 kayuh kata org muda...chewah.


p/s : kalo ada sesapa yg nk order tissue pocket holder yg mcm ni utk dijadikan doorgift  blh la email sy kat deknoramli@gmail.com

Sunday, December 11, 2011

Table Runner

Salam Sayang....
Selamat berhujung minggu dan berehat bersama-sama keluarga tersayang.
Alhamdulillah, akhirnya sy berjaya gak siapkan table runner ni. Hari ni rasa xder mood dah nk pegang jarum reben. Rasa mcm nk pegang mesih jahit pulak...




Wednesday, December 7, 2011

Hasil Yang Serba Tak kena

Salam sayang semua,
Lama tul tak update blog ngan product craft .. Konon jer lebih, tangan pun keras cam kayu ada hati nk ngaku craft..huhuhu. Nk tau kenapa sy xupdate blog? Tak nk tau pun takper sy ttp nk taip kat sini gak.. Kalo korang ingat sy pernah update sblm ni yg sy nk siapkan 4 helai alas meja utk umah kat kampung. Inilah dia ribbonwork utk tablerunner utk meja kopi ruang tamu utama. Tp syg nyer mak sy tak berapa berkenan ngan kaler ribbon ni. . Mmg la dia tak ckp directly yg dia tak suka tp dari raut wajah dia dah tau yg dia tak suka. Sy tau kaler nyer agak stricking . Mungkin kombinasi bunga pink tak sesuai ngan daun hijau muda. Sy sepatutnya guna hijau yg lebih gelap..Nvr mind, learn frm mistake. Nnt kalo ada masa sy add on kaler yg gelap skit utk untuk kurangkan kesan stricking tu.
Memandangkan mak dah tak suka. sy ketepikan dulu table runner ni, sy jahit plak alas meja tepi. Tp entahlah, ribbonwork kali ni pun tak memuaskan hati sy. Mulanya sy just jahit sekuntum bunga dgn bbp helai daun yg besar. npk sweet jugak tp gatal tgn pulak dah..gi tambah daun2 kecik , kudup bunga, ngan kekononya bunga kecik kaler pink . Hasil yg agak pelik dimana sy npk kedudukan 2 kudup bunga seperti satu garis lurus pada paksi-Y..hahaha melalut mcm cikgu math dah. Lg sekali  kombinasi kaler failed..tetttt
Lg skali sy tolak alas meja ni ketepi. Biarkan dia terbengkalai mcm projek perumahan terbengkalai tu. Sy buat lg satu table runner utk gantikan table runner yg dah di 'reject' kan oleh mak.. dan sekarang sy sedang berusaha dgn gigihnya nk siapkan table runner ni sebelum weekend. Harap2 sy blh siapkan kesemua alas meja ni before end of this month. Kira nya ini projek penutup untuk 2011. Chaiyok! Chaiyok

 

Friday, December 2, 2011

Ombak Rindu

Assalam....
Sejak seminggu dua kebelakangan ni , ramai benor org bercerita pasal ombak rindu..Sy tak pernah baca novel citer nie sbb sy bknla peminat novel melayu. Bukan nk memperlekehkan novel melayu cuma bg sy semua novel melayu hampir sama jln ceritanya. Pasal hero yg hensem , kaya dan ego. Heroinnye pulak cantik, lemah lembut tp miskin, Org ketiga yg berperwatakan garang, menggoda, cantik..Selalunya jln citernya hero ngan heroin kena kawin paksa mulanya tak suka tp lama2 jatuh cinta pastu ada plak org ketiga yg kacau daun..then lastly happy ending...

Berbalik pasal citer ombak rindu ni, sy asalnya langsung tak teruja pun nk bersama2 peminat2 novel berasak2 ke panggung wayang , even tak terfikir langsung pun nk pi tengok..tp entah camner smlm Kak Manja (rakan sekilang) dtg ke ofis sy ajak gi tgk filem ombak rindu sbb dia ada 1 tiket extra. Mulanya agak keberatan jugakla nk join dia sbb sy mmg tak suka berpoya2 lepas habis kerja lgpun sydah plan nk siapkan table runner utk salah satu meja kopi kat kampung. Tambah pulak show time kul 7.20ptg. Agak kelam kabut jugak nk maghrib. Tp lepas diasak, dicucuk , dipujuk-pujuk akhirnya sy mengalah... dan akhirnya sy menjadi antara org terawal yg menonton filem ni.
Memandangkan sy tak pernah baca novel ombak rindu ni, makanya sy tak dpt nk compare antara versi novel ngan versi filem. Tp menurut kak Ella (kwn sekilang yg menonton sesama slm) versi Novel lebih best sbb more details. Tp pendapat sy sbg org yg x pernah baca novel ni, citer ni mmg best even better than Lagenda Budak Setan..Berlinang gak la air mata sy skit..nk nangis terasa segan le pulak kan...hehehe.
So, pagi tadi first thing yg sy buat bila masuk ofis pg ni ialah search pasal ombak rindu kot la boleh baca novel ni online..tapi hampa...huhuhu.. btw, sy managed to get sinopsis Novel ombak rindu dr en. Wikepedia.

Sinopsis versi Novel :
Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Sinopsis versi Filem pulakIzzah(Maya Karin) yg kematian parents nya di laut( bkn di jln raya) tinggal ngan pakcik dan makcik dia. Makcik dia ada canser so pakcik dia jual si Izzah ni kat tokey kelab malam. Kononnya nk cari duit lebih utk operate makcik dia ni. Hariz(Arron) plak pelanggan pertama Izzah yg kemudian membeli Izzah dr tokey kelab malam. pastu diorag kawin atas permintaan Izzah tp Izzah dh janji takkan tuntut apa2 dr perkahwinan merka. Pastu cam biasa Hariz fall in love kat Izzah ni. Then Mila Emilya(Lisa Surihani) plak balik dr oversea dan kawin ngan Hariz Mila ni kononya kwn Hariz since diorg kecik lg...pastu cam biasala ada konflik tp akhirnya happy ending...

hahaha..alangkah tak best nye sy sinopsis citer ni..jd sila la ke panggung terdekat anda dan saksikan sendiri filem ni utk lebih feeling. frankly speeking.. mmg best.
Skang sy terfikir...adakah sy akan ke kedai buku terdekat utk membeli novel melayu pertama sy yg bertajuk Ombak Rindu?