Followers

Saturday, December 18, 2010

Sunday, November 28, 2010

Another 1st trial

Percubaan pertama sulam tali kasut. Tak seperti sulam manik dan sulam benang yg dipelajari online, sulam tali kasut nie aku belajar melalui pemerhatian sahaja (chewaahh) . Kebetulan jer tgh jenjalan cuci mata, ternampak tudung yg disulam tali kasut kat sebuah butik. selepas puas menelek aku pun try ler kat tudung sendiri. Inilah hasilnya. At first rasa mcm nk mentong sampahkan jer tudung nie sbb design yg kurang menarik. Kaedah nyer dah betul. Tp lepas ditenung2 , rasanya ok kot kalo setakat pakai gi pasar. Tak baik membazir. nvr mind, don't give up. Aku akan cuba lagi pada tudung yg lain plak dgn design yg lebih simple dan menarik...stay tuned...Opps..lupa lak. kalo sapa perasan, ad npk kedut skit kat kelopak bunga & daun. Itu disebabkan oleh tersangkut kat iron board masa mengiron last week

Wednesday, November 24, 2010

Folded Ribbon Rose

Cara-cara membuat folded ribbon rose.. nice video to share


Folded Ribbon Roses

Folded Ribbon Roses yg dicantumkan satu persatu sehingga menjadi satu bebola..tak tau nk letak nama apa...layanzzzz sajalah.

Tuesday, November 23, 2010

5 Jahitan Asas Sulam Riben - bhgn 2

2) Ribbon Stitch


-  Cucuk jarum dari bawah kain (di Point A)
-  Cucuk jarum di tengah riben (di point B)  tp jgn tarik riben terlalu tegang . Biarkan gelembung skit di bhgn bawah.
      -  Tarik riben perlahan ke bawah menghala ke hadapan.











3) Lazy Daisy

  -Keluarkan jarum dari bawah kain (di Point A)
  -Pusingkan riben dan cucuk semula di point B (jarak lebih kurang 1-2 lembar benang).
  -Bentukkan riben runcing spt kudup bunga. Cucuk jarum di tengah (point C). dan tarik 
    riben ke atas. Jangan tarik terlalu tegang
  -Cucuk semula jarum di point D

4) French knot
 Teknik ini biasa digunakan utk menjahit biji bunga. Saiz riben yg biasa digunakan untuk teknik jahitan ini ialah 0.25 inci atau 0.5 inci.




-          Keluarkan jarum dari bawah kain (di Point A)
-          Lilit riben pd batang jarum sebanyak 2-3 kali.
-          Cucuk jarum di point B ( jarak 1-2 lembar benang dr point A)
-          Tarik ke bawah sehinhha menjadi satu simpulan mati

 
5) Stem Stich
    Teknik ini digunakan untuk membentuk ranting daun


- 
        -       gunakan benang sulaman.
-          Lakarkan bentuk ranting
-          Keluarkan jarum dr bawah kain (di Point A)
-          Masukkan jarum di point B dia atas lakaran ranting.
-          Keluarkan jarum di point C.
-          Lakukan teknik ini secara ulangan

Saturday, November 20, 2010

5 Jahitan Asas Sulam Riben

Info nie aku dapat dari satu website www.threadsmagazine.com . just translate ke bahasa melayu . Berikut ialah 5 jahitan asas sulam riben . Tp hari nie aku cuma share 1 teknik jer dulu. teknik seterusnya akan dipos kemudian. Stay tuned....

1) Straight Stich



Biasanya teknik jahitan lurus ini diaplikasikan pada daun ataupun kelopak bunga.

-          Cucuk jarum dari bawah kain dan keluakan (di point A)
-          Anggaran 1 inci, cucuk semula jarum ke bawah kain  (di point B)
Saiz dan bilangan kelopak bunga bergntung kpd kreativiti sendiri. Kelopak bunga yg cantik di antara 6-12 kelopak.


Friday, November 19, 2010

Percubaan Pertama

Ha... inilah dia percubaan pertama sulam riben.. mcm malu jer nk publish. Tp apa yg aku cuba sampaikan di sini, di mana ada kemahuan di situ ada jalan...ahaks. Aku nie bkn nyer ada asas menjahit pun. Asalnya nk pegang jarum pun tak reti. sampai skrg nie pun masih lg belajar ilmu sulam menyulam nie. Byk lg benda yg aku blm tahu. Yg penting sekali usaha dan jangan lokek duit attend kelas dan beli buku rujukan. Buku rujukan aku utk sulam riben nie ialah "Jahitan Asas Sulaman riben ditulis oleh Suzana Mustafa " Aku cuma rujuk buku nie jer. Tak attend mana2 kelas pun sebabnya jahitan asas sulam riben nie hampir sama mcm sulam benang biasa. 

Asas Sulaman Riben -bhg 2

5) Pen Fabrik
    Biasanya kita gunakan pen jenis water erasable atau air erasable untuk melakar pelan atas kain.

6) Ram
    Digunakan untuk menegang kain. Proses menyulam menjadi lebih mudah apabila kain tegang. Terdapat pelbagai saiz ram yg blh digunakan. Tp sebelum kita mula mengunakan ram, dinasihatkan supaya ram tersebut dililit dgn kain atau silefon tape terlebih dahulu. Ini kerana ram biasanya diperbuat daripada kayu dan permukaannya agak kasar. Jika tidak dibalut, dikhuatiri ram tersebut akan merosakkan kain.

Asas Sulaman Riben

Peralatan Untuk Jahitan Sulaman Riben
1) Jarum
    -Ada 2 jenis jarum yg blh digunakan untuk sulam riben iaitu Tapestry dan Chinelle.
    -Saiz jarum plak bergantung kepada saiz riben. kalo besar ribennya maka gunakan jarum yg besar.
    -Nombor jarum yg kecil untuk saiz riben yg besar
  • No 20-22 utk riben saiz 1/4 inci
  • No 16 utk riben saiz 1/2 inci
  • No 13 utk riben saiz 1 inci atau 2 inci
    Untuk pengetahuan semua, jarum untuk sulam riben nie berbeza skit dari jarum jahit biasa. Selain saiz nyer yg besar, mata jarum riben adalah lebih tumpul .

2) Riben
    Apalah maknanya sulaman riben kalo ribennyer takder?  Ada byk jenis riben dgn aneka warna dan saiz yg berbeza. Tekstur riben yg blh digunakan ialah organza, chiffon, satin, polyster organza dan sutera. Saiz riben yg biasa kita gunakan uk sulaman ialah 0.25 inci, 0.5 inci, 1 inci, 1.5 inci , 2 inci dan 2.5 inci.

3) Gunting
    Ini pun penting gak. camner nk gunting lebihan riben kalo gunting nyer takder.

4) Penebuk Kain
    Alat yg hujung nyer tajam. ia digunakan untuk menebuk kain untuk tekstur kain yg agak padat.