Followers

Friday, November 19, 2010

Asas Sulaman Riben

Peralatan Untuk Jahitan Sulaman Riben
1) Jarum
    -Ada 2 jenis jarum yg blh digunakan untuk sulam riben iaitu Tapestry dan Chinelle.
    -Saiz jarum plak bergantung kepada saiz riben. kalo besar ribennya maka gunakan jarum yg besar.
    -Nombor jarum yg kecil untuk saiz riben yg besar
  • No 20-22 utk riben saiz 1/4 inci
  • No 16 utk riben saiz 1/2 inci
  • No 13 utk riben saiz 1 inci atau 2 inci
    Untuk pengetahuan semua, jarum untuk sulam riben nie berbeza skit dari jarum jahit biasa. Selain saiz nyer yg besar, mata jarum riben adalah lebih tumpul .

2) Riben
    Apalah maknanya sulaman riben kalo ribennyer takder?  Ada byk jenis riben dgn aneka warna dan saiz yg berbeza. Tekstur riben yg blh digunakan ialah organza, chiffon, satin, polyster organza dan sutera. Saiz riben yg biasa kita gunakan uk sulaman ialah 0.25 inci, 0.5 inci, 1 inci, 1.5 inci , 2 inci dan 2.5 inci.

3) Gunting
    Ini pun penting gak. camner nk gunting lebihan riben kalo gunting nyer takder.

4) Penebuk Kain
    Alat yg hujung nyer tajam. ia digunakan untuk menebuk kain untuk tekstur kain yg agak padat.

2 comments: