Salam,
Soalan ni sy tujukan khas utk crafter yg bermastautin di Penang .
Saja jer nk survey .Biasanya kat mana korang dptkan brg2 kraf yer? Sy noticed barang craft kat area pulau ni mahal nyer tak berpatutan langsung. Contohnya reben satin saiz 1 inci kat dlm pulau paling murah yg pernah sy jumpa harga RM4.50 segulung kadang-kadang sesuka hati dia jer nk increase price jd RM4.80. Bila ditanya kenapa increase? jwb dia "Oh, tak tau la kak..supplier yg letak rega camtu. Kami ikut jer" . Pernah juga ada satu kedai letak harga sampai lebih 8 ringgit. Tp rate harga luar dari kwsn pulau utk reben satin saiz 1" lebih kurang RM3.50 -RM4.00 jer pun... bergantung pada kedai tu. . Kalo setakat 1-2 gulung reben , boleh le nak pejam mata beli. Apa la sgt setakat beza singgit tu kan? Tp kalo dah beli 10 gulung ? 20 gulung? Cer kira, dah berapa terbang camtu jer.
Nk gi seberang plak rasa mcm tak berbaloi jer kan.. Nk kena amik kira kos petrol yg asyik dok naik dan tak pernah turun-turun pastu nak kena tambah lg 7 hinggit utk Penang bridge..
Jadi kalau korang tau kat mana ada kedai yg jual barang kraf yang murah, silakan inform saya. Mungkin ada, cuma saya jer yg belum jumpa lagi kot.. thanks.
No comments:
Post a Comment