Followers

Saturday, November 17, 2012

HANYA RM50 DAN SECEBIS DOA


Assalamualaikum,

Dah lama sy tak update apa-apa kat sini. Sejak seblm raya puasa hari tu kot. Kiranya lebih kurang dalam 3 bulan rasanya. Productivity semenjak raya ari tuh pun dah berkurang ditambah2 pulak mood malas nk meng"update". Pg ni, sy mmg taknak update apa2 pun pasal product craft yg tak seberapa tu. Sy cuma nk menyeru kepada rakan2  untuk membantu saudara seislam kita di Gaza. Mereka sangat memerlukan sokongan kita untuk meneruskan hidup dan terus memperjuangkan bumi suci Palestin.
Untuk pengetahuan korang, Islamic Relief Malaysia (IRM) sedang melancarkan tabung Gaza Emergency Medical Appeal (GEMA) dan mensasarkan sekurang-kurang RM1 juta untuk membantu rakyat Palestin. Oleh itu, mereka mengharapkan sekurang-kurangnya 20 000 orang menderma sekurang-kurangnya RM50 untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. Sumbangan boleh disalurkan ke tabung IRM melalui akaun bank di bawah:

BIMB (Bank Islam) 1202 90100 6564 3
MBB (Maybank) 5621 4270 8704
CIMB (Cimb) 1259 0000 804 058

Sama ada kita sedar atau tidak, sebenarnya apa yg menimpa rakyat Palestin bukanlah ujian Allah terhadap mereka semata-mata tapi sebenarnya ini ialah ujian untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Allah ingin menguji kita, sejauh mana kita rela berkorban untuk membantu saudara kita yang jaraknya beribu batu. Allah ingin menguji kesatuan umat Islam diseluruh dunia.Bilangan Kita ramai, tapi kita masih lagi tak dpt membantu saudara kita yg dihimpit kesusahan. Di mana kita semasa mereka mengangis meratapi kematian orang yang tersayang? Di mana kita ketika mereka melihat rumah-rumah tempat berteduh dimusnahkan rejim Zionis yang kejam? 


Di sini, sy kongsikan pendapat dari Ust Hasrizal berkenaan Palestin. Jadi, apa tunggu lagi, ayuh kita bersatu membantu Palestin.Kita mungkin tidak mampu bersama-sama mereka mengerah tenaga dan berada di barisan hadapan bagi membantu pertahankan bumi suci Palestin. Tapi kita mampu memberi mereka sokongan sekurang-kurangnya memberikan mereka semangat untuk terus berjuang dan meringankan beban kita .Hanya sedikit sumbangan kewangan dan secebis doa yang mereka perlukan dari setiap seorang dari kita.




No comments:

Post a Comment