Followers

Sunday, November 18, 2012

They need us.....

Allah berfirman dalam surah Al-Munafiqoon ayat 9-11 :

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. 
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh. 
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan." 


credit : Aqsa Syarif

Credit : IRM

Credit IRM

Credit : IRM

Credit: IRM

Credit : IRM

Credit : Aqsa Syarif
Apa perasaan korang bila tengok gambar-bambar ni semua? Takkan kita nak terus berdiam diri? Mereka adalah saudara kita..mereka adalah barisan hadapan yang mempertahankan tanah suci Palestin. Teruskan berdoa untuk mereka dan jangan biarkan mereka berjuang keseorangan. Mereka sangat-sangat memerlukan kita.

Aqsa Syarif  dan Islamic Relief Malaysia(IRM) sentiasa mengemaskini berita terkini berkenaan keadaan di Palestin. Mereka juga adalah antara NGO yang sangat aktif menghulurkan bantuan untuk penduduk Palestin. Ayuh, kita sokong mereka untuk terus membantu Umat Islam di bumi suci Palestin.

Maklumat lanjut boleh didapati di sini :

Aqsa Syarif :
Website : http://www.aqsasyarif.org.my
Facebook : http://www.facebook.com/aqsa.syarif
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank di bawah :
Maybank Islamic : 551575004299
Bank Islam  : 12092010034904
CIMB  : 12160000452101 (Tabung Pengurusan)

Islamic Relief Malaysia(IRM)
Website : http://www.islamic-relief.org.my
Facebook : http://www.facebook.com/IslamicReliefMalaysia
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank di bawah:
Bank Islam : 12029010065643
MayBank : 562142708704
CIMB : 12590000804058



Latest update from IRM - Critical shortage: unavailability of 192 type of drugs, 340 of disposables & 300 types of medicine abt to finish
p/s: sila share maklumat ini supaya lebih ramai yang dapat menyumbang. Setakat sejam yang lalu, IRM telah berjaya mengumpul lebih RM28K. Mereka memerlukan sekurang-kurangnya lagi RM972K..Kita memerlukan lebih ramai dermawan.

No comments:

Post a Comment